Kenali Kami

Umie Food adalah jenama produk hasil keluaran Umie
Agrobase Enterprise, perusahaan desa di Felda Melati Jengka
11, Wilayah Felda Jengka, Pahang. Matlamat kami adalah
untuk menjadi pengeluar unggul produk halal berkonsepkan
makanan tradisi Melayu yang berkualiti yang dapat
memenuhi citarasa pengguna .

Disamping pengeluaran pelbagai produk kerepek, kami juga
mengusaha dan membekal produk-produk sampingan
seperti keropok bawang, rempeyek/tumpi (kacang tanah/dhal).
Untuk keperluan musim perayaan kami juga membekal pelbagai
produk tambahan seperti bahulu, biskut tiram, buah rotan,
popiah mini, tepung racik (bilis/udang), dan pelbagai biskut dan
kuih-muih.

Sejarah Kami

l

1982

Perusahaan ini dipelopori oleh Tuan Hj Jailani Hj. Kasimon dan Hjh Tumiseh Hj. Mohd Yusof, peneroka Rancangan Felda Melati Jengka 11, Pahang. Ianya dijalankan secara sambilan dirumah bagi mengisi waktu lapang setelah selesai kerja di ladang.

01

l

1988

Produk keropok ubi perasa udang telah mula diedar di seluruh kedai D’Mart Rancangan Felda terpilih di Pantai Timur dengan kontrak pembekalan ke Felda Trading (Bandar Pusat Jengka).

02

l

1989

Perusahaan sambilan ini berkembang dengan pembelian beberapa mesin dengan bantuan pinjaman FELDA. Oleh kerana bekalan dan kualiti ubikayu di kawasan Jengka yang terhad, pengeluaran keropok ubi terpaksa dihentikan.

03

l

1993

Tumpuan diberi kepada pengeluaran produk kerepek ubi dan pisang setelah bekalan ubikayu kembali pulih dan bekalan pisang dari kawasan sekitar mula bertambah. Dari setahun ke setahun pelbagai produk baru dihasilkan.

04

l

MAC 2005

Umie Agrobase Enterprise (CA 90722-T) ditubuhkan secara rasmi secara perkongsian oleh Hj. Jailani Hj Kasimon dan seorang anak lelakinya dengan penggunaan jenama Umie Food dan Umie Snacks.

05

l

OGOS 2006

Umie Agrobase Enterprise telah  dianugerahkan sebagai Usahawan Peneroka Jaya Felda Wilayah Jengka 2006 untuk kategori makanan ringan.

06

l

OKTOBER 2006

Seiring dengan pembangunan teknologi digital pada masa kini, Umie Food telah mengambil langkah untuk mendigitalkan perniagaan melalui laman web untuk meluaskan perniagaan serta menyampaikan produk kepada pelanggan dengan memberi satu kemudahan kepada pelanggan bagi mengetahui tawaran serta produk-produk yang disediakan oleh Umie Food di atas talian.

07

l

NOVEMBER 2017

Umie Agrobase Enterprise menyertai Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI dan pemegang sijil yg sah MeSTI sejak Nov 2017.

08

HUBUNGI KAMI

Alamat

B 208, FELDA MELATI JENGKA 11, 26400 BANDAR TUN RAZAK, JENGKA

No Telefon
  09 - 466 1654
  014 - 211 9288
  019 - 915 2356
WhatsApp Kami
  011-10847481
  019-915 2356

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad
8.30 pagi - 5.30 petang

SOCIAL MEDIA

Site Designed and Developed by ARAN