Kenali Kami

Umie Food adalah jenama produk hasil keluaran Umie Agrobase Enterprise, perusahaan desa di Felda Melati Jengka 11, Wilayah Felda Jengka, Pahang. Matlamat kami adalah untuk menjadi pengeluar unggul produk halal berkonsepkan makanan tradisi Melayu yang berkualiti yang dapat memenuhi citarasa pengguna .


Disamping pengeluaran pelbagai produk kerepek, kami juga mengusaha dan membekal produk-produk sampingan seperti keropok bawang, rempeyek/tumpi (kacang tanah/dhal). Untuk keperluan musim perayaan kami juga membekal pelbagai produk tambahan seperti bahulu, biskut tiram, buah rotan, popiah mini, tepung racik (bilis/udang), dan pelbagai biskut dan kuih-muih.


Sejarah Umie Food

» 1982

Perusahaan ini dipelopori oleh Tuan Hj Jailani Hj. Kasimon dan Hjh Tumiseh Hj. Mohd Yusof , peneroka Rancangan Felda Melati Jengka 11, Bandar Jengka, Pahang. Ianya dijalankan secara sambilan dirumah bagi mengisi waktu lapang setelah selesai kerja di ladang.


» 1988

Produk keropok ubi perasa udang telah mula diedar di seluruh kedai D’Mart Rancangan Felda terpilih di Pantai Timur dengan kontrak pembekalan ke Felda Trading (Bandar Pusat Jengka).


» 1989

Perusahaan sambilan ini berkembang dengan pembelian beberapa mesin dengan bantuan pinjaman FELDA. Oleh kerana bekalan dan kualiti ubikayu di kawasan Jengka yang terhad, pengeluaran keropok ubi terpaksa dihentikan.


» 1993

Tumpuan diberi kepada pengeluaran produk kerepek ubi dan pisang setelah bekalan ubikayu kembali pulih dan bekalan pisang dari kawasan sekitar mula bertambah. Dari setahun ke setahun pelbagai produk baru dihasilkan.


» Mac 2005

Umie Agrobase Enterprise (CA 90722-T) ditubuhkan secara rasmi secara perkongsian oleh Hj. Jailani Hj Kasimon dan seorang anak lelakinya dengan penggunaan jenama Umie Food.


» Ogos 2006

Dianugerah sebagai Usahawan Peneroka Jaya Felda Wilayah Jengka 2006 - kategori makanan ringan.


» Okt 2006

Dengan adanya laman web ini usaha promosi dapat dijalankan secara lebih
meluas dan pelanggan dapat mendapatkan maklumat dan mengetahui tawaran terkini produk Umie Food dan boleh membuat tempahan secara 'on-line'.

Copyrighted © 2006 - 2007 Umie Food.